Selasa, 12 April 2011

PERWADAH Anjur Tayangan Perdana dan Solat Hajat


USIM – Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama (PERWADAH) FKP, mengadakan Majlis Solat Hajat dan Tayangan Ceramah Perdana "Sirah Rasulullah" bersempena Usim Berselawat 2011 di Masjid Kolej Kediaman 1, pada awal Mac lepas.
Majlis yang dianjurkan dengan kerjasama Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) itu, juga dihadiri oleh barisan bekas Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM 2010/2011 dan warga penghuni KK1.
Pada majlis tersebut juga turut diadakan kuliah agama bertajuk “Cintakah Kita kepada Rasulullah” yang disampaikan oleh Saudara Daeng Fadzil bin Mohd Latif, Presiden SPMM .
Pada kuliah tersebut beliau menyarankan agar umat Islam khususnya golongan mahasiswa menuntut ilmu walau dimana sahaja mereka berada. Beliau juga menjelaskan bahawa masyarakat Islam pada hari ini perlu sentiasa mendampingi para ulama’ untuk mengutip sebanyak mungkin ilmu daripada mereka.
Menurut beliau, hal ini kerana ulama merupakan rujukan dan panduan bagi umat Islam, sekiranya tiada mereka di bumi ini maka hilanglah Ilmu tersebut sekiranya jika tidak diwarisi oleh generasi baru.
"Manfaatkanlah masa kita dengan mendekati orang berilmu selagi mereka masih bernyawa," kata beliau .
Tambah beliau, bagi membina umat yang berilmu pengetahuan, segala ilmu yang dipelajari perlu dipraktikkan dalam kehidupan seiring dengan arus pemodenan dunia pada masa kini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons