Selasa, 12 April 2011

PERWADAH Anjur Tayangan Perdana dan Solat Hajat


USIM – Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama (PERWADAH) FKP, mengadakan Majlis Solat Hajat dan Tayangan Ceramah Perdana "Sirah Rasulullah" bersempena Usim Berselawat 2011 di Masjid Kolej Kediaman 1, pada awal Mac lepas.
Majlis yang dianjurkan dengan kerjasama Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) itu, juga dihadiri oleh barisan bekas Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM 2010/2011 dan warga penghuni KK1.
Pada majlis tersebut juga turut diadakan kuliah agama bertajuk “Cintakah Kita kepada Rasulullah” yang disampaikan oleh Saudara Daeng Fadzil bin Mohd Latif, Presiden SPMM .

Jumaat, 8 April 2011

Ada Apa Dengan Cinta



Baru-baru ini saya terserempak dengan junior  di Bandaraya Alor Setar. Bersamanya seorang perempuan. Mungkin adik. Mungkin juga teman istimewa. Sedang duduk-duduk di kaki lima.

Saya menyapa, "Haa..apa khabar?"
Dia menjawab, "Baik...sssiihaatt..", seakan tertunduk-tunduk dia. Sempat saya menjeling ke arah perempuan yang duduk sebelahnya. Juga tertunduk-tunduk. Membatu.

"Ngaji (belajar) mana la ni?", saya meneruskan perbualan. Sudah lama tak berjumpa, pasti banyak yang ingin di tanya. Dia semakin resah.

Sambil tersengih-sengih dia menjawab, "UM". Saya terdengar seperti 'UUM' lalu saya membalas, "Owh, UUM Sintok?". Terhangguk-hangguk dia, "Yayaya..."

Khamis, 7 April 2011

Malam Perdana Siswa FKP


Bersama kami, PMFKP di Malam Perdana Siswa FKP pada 13 April 2011 bertempat di Foyer dan BKS FKP. Antara aktiviti pada malam tersebut adalah, Solat Hajat Perdana, Persembahan Deklamasi Puisi, Jamuan Perdana dan Persembahan Istimewa dari kumpulan Are-Buddy. Mari meriahkan bersama...

Rabu, 6 April 2011

Bedah Buku Siri 4

Klik untuk gambar lebih besar
Anjuran Jawatankuasa Kolej Kediaman KKDJ, Mahasiswa Fiqh dan Fatwa Tahun 3 dan Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama (PERWADAH). Semua warga USIM dijemput  hadir

Lawatan Pendidikan Orang Asli Ke USIM



Sabtu, 5 Mac 2011

FKP Muncul Johan Debat BM Piala NC



Nilai 5 Februari 2011 - Kumpulan Debat Bahasa Melayu FKP (A) telah muncul sebagai Johan dalam Kejohanan Debat Bahasa Melayu Piala Naib Canselor USIM. Kemenangan ini adalah satu kejutan buat FKP yang sudah 5 tahun menanti untuk merangkul piala berprestij itu.


Rahmansyahputra Afrizal, YDP Persatuan Mahasiswa FKP yang ditemuramah semalam berkata, "Kita akan cuba usulkan kepada pihak fakulti untuk mewujudkan sebuah Bilik Debat FKP sebagai tanda penghargaan dan hadiah kepada para pendebat kita."

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Macys Printable Coupons